Kamarudin Md Noor tidak disambung pelantikan sebagai Exco Kelantan: Timbalan MB

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 3:35 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Kamarudin Md Noor tidak disambung pelantikan sebagai Exco Kelantan: Timbalan MB

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas Datuk Kamaruddin Mohd Noor, tidak disambung pelantikan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan berkuat kuasa 9 Nov.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata keputusan itu, telah mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Beliau berkata susulan keputusan itu, dua portfolio yang sebelum ini disandang Kamaruddin akan diagihkan kepada dua Exco sedia ada, bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Portfolio Pelancongan dan Kesenian akan dipangku Exco Hilmi Abdullah, manakala portfolio Warisan dan Kebudayaan akan dipangku Exco Zamakhsyari Mohamad. Keputusan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kamaruddin atas segala khidmat serta sumbangan beliau, sepanjang menganggotai barisan Exco Kelantan.

Kerajaan negeri turut menghargai komitmen dan dedikasi beliau dalam melaksanakan amanah yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Semalam, media melaporkan Kamaruddin mengesahkan menerima surat penamatan pelantikannya sebagai Exco.

Bagaimanapun, beliau yang menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan enggan mendedahkan kandungan surat berkenaan, buat masa ini. - 11 November, 2026

The post Kamarudin Md Noor tidak disambung pelantikan sebagai Exco Kelantan: Timbalan MB appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved