Kamera AWAS Akan Dinaik-Taraf –  Ambil-Kira Kelajuan Purata Kenderaan Antara Dua Titik Kamera Berdasarkan Jarak Dan Masa

TechnologyDigitalCars
7 Jan 2025 • 9:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelaksanaan kamera AWAS dilebuhraya ketika ini dikatakan kurang mencapai objektif, kerana ia diletakkan di satu lokasi statik, membuatkan pemandu hanya mengurangkan kelajuan apabila lalu berdekatan dengannya. Ini berbeza dengan objektif asal untuk mengurangkan kelajuan kenderaan, seterusnya mengurangkan risiko kemalangan.

Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pengangkutan kini berkongsi berkenaan pendekatan baharu yang akan dilaksanakan melalui penggunaan sejumlah teknologi. Melalui langkah ini, kamera akan memantau kelajuan sesuatu kenderaan antara dua titik kamera, sekaligus mengukur kelajuan purata kenderaan berdasarkan jarak dan masa perjalanan.

Menteri Pengangkutan mengatakan sekiranya pemandu berkenaan menggunakan masa yang kurang daripada sepatutnya, maka ia bermaksud pemandu memecut dan akan dikenakan saman. Untuk permulaan, kaedah pelaksanaan ini akan dilakukan di kawasan berbukit di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Genting Sempah, dan Terowong Menora, Ipoh.

Dengan langkah ini, ia diharap kadar kemalangan jalan raya dapat diturunkan, serta meningkatkan kesedaran dan disiplin pemandu di jalan raya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved