Kamera AwAS Bakal Kesan Purata Kelajuan, Bukan Lagi Kelajuan Di Satu Lokasi

LocalPolitics
7 Jan 2025 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan kini memperkenalkan pendekatan baharu untuk Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dengan menggantikan sistem kamera statik kepada teknologi point-to-point. Langkah ini bertujuan meningkatkan keberkesanan pemantauan kelajuan kenderaan.

Pemantauan Kelajuan Lebih Menyeluruh

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sistem baharu ini akan mengukur kelajuan purata kenderaan di antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan. Pendekatan ini dianggap lebih berkesan berbanding sistem statik, di mana kamera hanya memantau kelajuan pada satu lokasi tertentu.

image is not available

"Kita tidak mahu pemandu memperlahankan kenderaan hanya di depan kamera itu, tetapi (perlahan) dalam satu jarak yang tertentu. Katakan antara titik A dengan titik B, kita ingin tahu pemandu menggunakan masa berapa lama,” jelas Anthony Loke.

Jika masa perjalanan kenderaan antara dua titik ini lebih singkat daripada tempoh yang ditetapkan, ia menunjukkan pemandu telah memecut dan tindakan saman akan dikenakan.

Tumpuan Di Kawasan Berisiko Tinggi

image is not available

Di peringkat permulaan, sistem ini akan dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi seperti Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di kawasan berbukit Genting Sempah dan Terowong Menora di Ipoh.

image is not available

Objektif utama adalah memastikan kenderaan seperti bas dan lori memperlahankan kelajuan ketika melalui kawasan berbukit yang berisiko tinggi.

"Kaedah sekarang kurang berkesan walaupun kita pasang kamera, kenderaan hanya perlahan di tempat itu dan selepas itu dia pecut semula,” katanya.