Kamera badan: Perkasa integriti, ketelusan anggota ketika berurusan – Acryl Sani

14 Dec 2022 • 5:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin penggunaan kamera badan akan memperkasakan tahap integriti, profesionalisme dan ketelusan anggota ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM akan memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan kamera badan itu dalam usaha memastikan kualiti perkhidmatan PDRM yang terbaik kepada masyarakat.

“PDRM menyambut baik langkah kerajaan menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota PDRM ketika menjalankan tugas.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved