“Kami Akan Kembali Dengan..” – Jisoo Beri Petanda BLACKPINK Akan Kekal Bersama YG Entertainment?

Music
1 Dec 2023 • 4:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dah lama kan tak tengok BLACKPINK hadir di mana-mana acara penyampaian anugerah di Korea?

Pada 1 Disember, tular di media sosial siaran langsung Ji-soo BLACKPINK yang menyatakan hasratnya untuk pergi ke acara anugerah bersama dengan ahli BLACKPINK yang lain.

Di mana pada baru-baru ini, Ji-soo telah memenangi beberapa buah anugerah termasuk anugerah Penyanyi Wanita Terbaik di anugerah MAMA yang diadakan di Tokyo, Jepun.

Namun, penyanyi itu tidak datang menghadiri acara tersebut, malah dia juga tidak meninggalkan sebarang video ucapan mengenai kemenangannya itu.

Di dalam siaran langsungnya yang terbaru, Ji-soo telah meluahkan rasa kesal atas ketidakhadirannya di acara itu.

Dia berkata,

Saya dah beritahu dekat ahli BLACKPINK yang lain untuk pergi ke acara penyampaian anugerah bersama-sama. Jadi, kamu semua jangat risau sebab kami akan kembali dengan lagu baru dan bertemu dengan awak semua di acara anugerah. Kami tak akan buat anda tunggu lama!

image is not available

Kata-kata yang diluahkan oleh Ji-soo itu seakan-akan telah memberi petanda positif mengenai pembaharuan kontrak kumpulan tersebut bersama YG Entertainment.

Rata-rata komen netizen ialah,

Saya tak sabar nak lihat BLACKPINK menghadiri acara anugerah!

 

Tolong la bagi kami lihat persembahan mereka di acara anugerah tahun hadapan.

 

Macam biasa, Ji-soo sentiasa memahami kehendak peminat mereka.

Walaubagaimanapun, YG Entertainment masih lagi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terkini mengenai pembaharuan kontrak bersama kumpulan itu.

Mesti gempak kan persembahan BLACKPINK dekat acara anugerah nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.