Kami Akan Teruskan Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin – PM India

19 Oct 2023 • 11:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kami Akan Teruskan Salur Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin – PM India

India akan terus menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, ujar Perdana Menteri India kepada Presiden Palestin menerusi panggilan telefon.

Perkara itu dimaklumkan oleh Modi sendiri menerusi sebuah hantaran di laman X miliknya.

Selain itu, Modi juga sempat mengucapkan ucapan takziahnya ke atas kejadian yang mengorbankan ratusan nyawa di Hospital Al- Ahli di Gaza.

“Sempat bercakap dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas. Menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan nyawa orang awam di Hospital Al Ahli di Gaza.

“Kami akan terus menghantar bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” tulis Modi di laman X miliknya.

Panggilan telefon itu dilaporkan merupakan pertama kali terjadi antara Modi dengan pihak Palestin selepas konflik Israel-Hamas meletus.

Sebelum ini, Modi menyatakan solidaritinya bersama Israel dan turut menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Semalam, Modi menzahirkan rasa terkejut dan kebimbangan terhadap orang awam yang terkorban dalam konflik yang berterusan itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Modi selepas beribu-ribu dilaporkan terkorban dalam serangan ke atas sebuah hospital di Gaza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved