Layak Potongan Cukai Jika Salur Sumbangan Ke Palestin Melalui AAKRP

LocalPolitics
20 Oct 2023 • 10:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan, orang ramai yang menyalurkan sumbangan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) adalah layak menuntut potongan cukai pendapatan.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Khamis menyatakan, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui AAKRP bagi mengurangkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik terbaru yang berlaku di Semenanjung Gaza.

“Orang awam, warga korporat, ahli perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) boleh menyalurkan sumbangan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP),”menurut kenyataan.

image is not available

Menurut kenyataan lagi, tuntutan potongan cukai pendapatan terbabit berada di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun CIMB Islamic Bank Berhad (86-0030248-9) dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Sekretariat AAKRP melalui alamat emel, aakrp@kln.gov.my.

AAKRP ditubuhkan di bawah seliaan Wisma Putra dengan mandat untuk mengumpul, menyelaras dan menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

image is not available

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur kerana kutipan tabung AAKRP dikendalikan Wisma Putra berjaya mengumpul RM81 juta dan menghampiri sasaran RM100 juta.

“Sayugia, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
“Pastinya tabung ini akan disalurkan terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas untuk rakyat Palestin yang terjejas ketika ini,”katanya.

Anwar turut mengingatkan pihak yang mengutip derma untuk rakyat Palestin supaya sentiasa bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing.

image is not available

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved