“Kami berdoa kepada Allah agar segala fitnah, tohmahan dapat dinoktahkan” -GIBSH

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 10:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar segala fitnah, tohmahan, buruk sangka dan kebencian ini dapat dinoktahkan”

Kenyataan tersebut merupakan respon kepada segala isu yang sedang berlegar-legar mengaitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GIBH) sehingga mengejutkan banyak pihak lebih-lebih lagi setelah laporan berkenaan serbuan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas 20 buah rumah amal kendalian mereka.

Nafi dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak

Dalam kenyataan akhbar yang dikongsikan di Facebook GIBSH, mereka telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja seperti yang didakwa baru-baru ini menerusi satu pendedahan sebuah akaun di laman Facebook.

image is not available

Berdoa kepada Allah agar semua fitnah dapat dihentikan

Ujarnya, mereka sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana perkara yang menyalahi undang-undang lebih-lebih lagi melibatkan kanak-kanak.

Tegas mereka, isu tersebut merupakan satu prasangka buruk yang dilihat sebagai satu bentuk persepsi yang sengaja dibentuk untuk memberi gambaran negatif terhadap GIBSH.

Berdoa kepada Allah agar urusan siasatan dipermudah

Dalam pada itu, mereka meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan.

Mereka juga memohon agar warganet dapat mendoakan supaya pihak berkuasa dipermudahkan dalam melakukan siasatan dan GISBH turut sedang memberikan kerjasama kepada PDRM.

image is not available

Terdahulu, berita tentang 20 buah rumah amal diserbu telah mengejutkan ramai selepas disyaki mengekspoitasi penghuninya yang berusia setahun hingga 17 tahun.

Menerusi Op Global, pihak berkuasa juga mengesyaki penghuni dididik untuk meliwat dan diliwat oleh pengajar termasuk dicederakan menggunakan objek yang dipanaskan jika melakukan kesilapan.

image is not available

Sebanyak 20 buah rumah amal yang terletak di Selangor (18) dan Negeri Sembilan (2) diserbu.

Seramai 402 penghuni diselamatkan terdiri daripada 201 lelaki dan kanak-kanak serta 201 perempuan.

Sumber: Facebook GIBS Holding Sdn Bhd