“Kami Berkolaborasi Dengan Pihak Berkuasa UK..” – SPRM Perluaskan Siasatan Aset Tun Mahathir Ke Switzerland

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 1:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nampaknya siasatan terhadap aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semakin berkembang ke peringkat antarabangsa dan melalui laporan Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan kini diperluas ke beberapa negara lain termasuk Switzerland.

SPRM siasat aset Tun M sampai ke Switzerland

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang berkata pihaknya masih giat berkolaborasi dengan Pusat Koordinasi Antirasuah Antarabangsa (IACCC) yang berpangkalan di UK dan kini turut ‘mengintai’ kemungkinan aset lain di Switzerland.

image is not available

Kami masih lagi berkolaborasi dengan pihak berkuasa UK dan antara yang dinamakan IACCC dari UK. Betul (selain UK), kita juga melihat negara lain seperti Switzerland. (Bagaimanapun) masih belum ada perkembangan setakat ini.

Untuk rekod, siasatan terhadap aset Dr Mahathir ini bukan cerita baru, SPRM telah memulakan siasatan sejak Ogos 2022, susulan pendedahan dalam Kertas Pandora dan Panama.

Dua anak Tun M pun dah dipanggil sebelum ini

Kedua-dua anak Tun M juga sudah dipanggil SPRM dan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFPUAA).

image is not available

image is not available

image is not available

Malah, pada Januari lalu, SPRM mengesahkan bahawa kedua-dua anak Dr Mahathir memiliki harta lebih RM1.2 bilion, termasuk pegangan saham dan pelbagai aset bernilai tinggi.

image is not available 2025-07-31 13:45:36

Tun M Ugut Anwar Ibrahim Bubar Parlimen & Adakan PRU - "Anwar Bukan Pilihan Rakyat Untuk Jadi PM"