Selain United Kingdom, Siasatan Aset Tun M Turut Diperluas Ke Switzerland – SPRM

LocalPolitics
24 Sep 2025 • 2:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan selain United Kingdom (UK), pihaknya memperluaskan siasatan ke Switzerland berkaitan aset yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya masih bekerjasama dengan pihak berkuasa UK bagi mendapatkan maklumat.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada perkembangan berkaitan siasatan itu.

Siasatan aset Tun M

image is not available

“Ya, kami juga sedang melihat negara lain seperti Switzerland.

“Kami masih bekerjasama dengan pihak berkuasa UK, antaranya IACCC, salah satu agensi yang membantu kami sekiranya ada aset melibatkan Mahathir.

“Setakat ini masih belum ada perkembangan,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, pada April 2024, Azam memberitahu bekas perdana menteri itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.

image is not available

Sumber: Free Malaysia Today (Elill Easwaran)