“Kami Boleh Buat Haluan Masing-Masing” – Puteri Sarah Nekad Bawa Haluan Sendiri

10 Apr 2023 • 10:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah, Syamsul Yusof telah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi bagi keputusan  Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan cerai yang dibuat pada 21 Mac lepas.

Menurut laporan Harian Metro, Syamsul memakai baju-T dan blazer berwarna biru gelap tiba pada 8.55 pagi dan selang beberapa minit kemudian Sarah pula tiba bersama adiknya, Puteri Sofea Nadira.

Sarah juga berharap agar semuanya dipermudahkan hari ini serta dapat diselesaikan.

Doakan yang baik-baik. Semoga semuanya selesai. Kami boleh mengikut haluan masing-masing.

Sebelum ini, Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz dengan alasan isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Alasan kedua pula atas tuntutan nusyuz itu termasuk meninggalkan rumah mereka sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Terkini! Puteri Sarah yang ditemui pihak media ketika selesai prosiding JKP mengucapkan rasa syukur kerana berkat bulan ramadan ini semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved