“Kami bukan ikon islamik” – Video Menari Dengan Isteri Dikritik Netizen, Da’i Syed Beri Penjelasan

Entertainment
12 May 2023 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan memuat naik video menari bersama isteri ke platform media sosialnya, dapat dilihat rata-rata netizen meninggalkan komen berunsur kritikan serta kecaman. Oleh itu, pendakwah selebriti, Da’i Syed telah tampil untuk menjelaskan isu berkenaan.

Menurut laporan Xtra, Syed berkata, dia menganggap hantaran yang dikongsi itu tidak berlebihan dan sekadar mahu mencipta banyak kenangan bersama isterinya.

image is not available

“Kita tidak ingat tentang hari sebab itu kita ingat tentang kenangan. Jadi saya banyak mencipta kenangan dengan isteri saya.”

“Kita mengetahui yang kenangan itu yang kami paparkan di media sosial, saya yakin benda tu takdelah terlebih atau berlebih-lebihan,” jelasnya.

“Kami bukan ikon Islamik” – Da’i Syed

Pada masa yang sama, pendakwah bebas itu juga menyatakan bahawa dia tidak pernah meletakkan dirinya dan isteri sebagai ikon Islamik seperti yang didakwa oleh para netizen.

Bagaimanapun, Syed dan isteri akui bahawa mereka menerima segala teguran dan kritikan netizen dengan hati yang terbuka, namun ada teguran yang berunsur hinaan dan cacian yang membuatkan mereka terkilan.

image is not available

“Hana ni sebenarnya nak jadi cikgu, bukan belajar di Mesir pun. Dia dalam proses penghijrahannya, jadi kami tidak meletakkan kami seorang yang ikon Islamik,”

“Bagi kami sendiri, itu tanggapan mereka. Kami memilih untuk berkongsi sebab kalau tak kongsi apa-apa momen nanti akan jadi fitnah juga. Orang akan fikir kami ada masalah rumah tangga,” ujar Syed.

Walaupun kerap menerima pelbagai kritikan selepas berkahwin, Hana juga sempat menyatakan bahawa dirinya sudah bersedia dengan apa jua kemungkinan memandangkan dia pun sudah lama berada dalam industri.

Apapun bertabah la ye dengan kritikan yang diterima..

Sumber : Instagram, Xtra

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.