“Kami Bukan Lagi Suami Isteri” – Lelaki Mohon Maaf Tuduh Ebit Lew Sengaja Buat ‘Content’ Beri Motor Y15 Pada Bekas Isteri

16 Nov 2022 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Media sosial pada hujung minggu lalu menjadi kecoh seketika apabila pendakwah terkenal Ebit Lew ada menghadiahkan seorang wanita didakwa ibu tunggal dengan sebuah motosikal kerana selama ini bekerja sebagai penghantar makanan dengan berjalan kaki.

Dalam hantaran itu, Ebit Lew berkata wanita berkenaan merupakan seorang anak yatim dan mempunyai seorang anak setelah berpisah dengan suaminya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Tidak beberapa lama kemudian, seorang lelaki tampil mendakwa dirinya masih bergelar suami kepada wanita itu dan masih lagi pasangan yang sah.

Malah, lelaki itu juga mendakwa Ebit Lew telah meminta isterinya yang kini bekerja sebagai barista untuk menukar pakaian rasmi syarikat penghantar makanan (pekerjaan sebelum ini) itu untuk tujuan ‘content’.

image is not available

Sumber : Facebook  

Untuk pengetahuan, isteri saya sekarang bekerja sebagai barista di kafe, semalam rezeki dia berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew dan dia tanya kerja apa sebelum jadi barista.

Isteri saya cakap jadi walker Foodpanda. Lepas itu Ustaz Ebit Lew minta isteri saya balik ke rumah untuk tukar baju dan minta anak dari saya untuk buat content video.

Kata lelaki itu, mereka berdua masih dalam proses penceraian dan berbaik demi anak-anak.

Terbaru, lelaki itu memaklumkan bahawa dia dan wanita bergelar Amy itu bukan lagi suami isteri yang sah dan telah bercerai.

Dia juga tampil membuat permohonan maaf kerana menuduh Ebit Lew membuat konten tidak benar terhadap isterinya dan memaklumkan bahawa komen yang ditinggalkan di media sosial adalah dilakukan dengan tidak sengaja.

image is not available

Sumber : Instagram  

 

image is not available

Sumber : Instagram  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan dibawah.

image is not available 1 hari lalu

"Salah Tu Ustaz.." - Dikata Dah Lama Berpisah, Suami Ibu Tunggal Viral Tampil Betulkan Kenyataan Ebit Lew