Lelaki Ini Sah Dah Pisah Dengan Isteri, Mohon Maaf Tuduh Ebit Lew Hanya Buat Content

15 Nov 2022 • 7:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh diperkatakan hari ini mengenai dakwaan seorang lelaki yang mengaku masih bergelar suami kepada ibu muda yang terima motor jenis Yamaha Y15 daripada pendakwah, Ebit Lew.

Lelaki tersebut berkata, kes rumahtangganya masih berjalan di mahkamah dan Ebit Lew membuat kenyataan yang salah.

Tak habis di situ, tersebar pula screenshot menunjukkan lelaki ini mendakwa Ebit Lew mengarahkan isterinya pulang ke rumah untuk tukar baju penghantar makanan sambil dukung anak untuk dibuat content.

image is not available

Mengaku salah, lelaki ini tampil menjelaskan tuduhan yang dibuatnya. Dia dengan rendah diri memohon maaf kepada Ebit Lew kerana membuat tuduhan yang tak benar.

Dia juga mengesahkan telah berpisah dengan isterinya selepas kedua-duanya dilihat hadir ke mahkamah hari ini.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, lelaki ini memohon maaf kepada isteri di atas apa yang terjadi. Dia mengaku hilang kawalan dan membuat keputusan dengan perasaan yang bercelaru tanpa berfikir panjang.

Apa-apa pun, semoga mereka dapat bekerjasama membesarkan anak dengan baik.

Kredit: Instagram Fakhrul Rosli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.