“Kami bukan pemalas tapi…”- Pelajar salahkan sikap guru & peraturan sekolah

30 May 2024 • 4:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Kami bukan pemalas tapi…”

Kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai sikap dan persepsi remaja mengenai alam persekolahan sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan warganet.

Ia dapat dilihat apabila ada dalam kalangan mereka menyatakan diri bukan pemalas, sebaliknya sikap para pendidik telah membuatkan mereka bertindak sedemikian.

image is not available

“Kami bukan pemalas tapi…”

Meskipun ia sekadar konten dimuat naik di platform TikTok, namun ‘trend’ tersebut mencetuskan kebimbangan kerana ia menunjukkan tahap pemikiran seseorang remaja dengan menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka dalam pelajaran.

Pengguna Facebook dikenali Saifullah Kamanoordin berkata, trend pelajar sekolah memberi alasan malas ke sekolah kerana guru adalah tidak sepatutnya berlaku.

“Sekarang ni trend budak-budak sekolah bagi alasan untuk jadi pemalas dengan menyalahkan guru.
“Bila mereka tengok orang cemerlang diraikan oleh sekolah, mereka ajak pula mak ayah protes majlis meraikan kejayaan orang cemerlang,”luahnya.

image is not available

Gagal? Patutnya salah diri sendiri

Saifullah Kamanoordin berkata, mereka ini seharusnya menyalahkan diri sendiri dan bukannya orang di sekeliling atas sebab ‘malas’ ke sekolah dan gagal menjadi orang berjaya.

Sikap yang ditunjukkan oleh segelintir remaja sedikit sebanyak mencetuskan kebimbangan kerana mereka inilah bakal memimpin negara pada masa akan datang.

“Begitulah sikap orang yang gagal. Mereka akan menyalahkan sekeliling atas kegagalan mereka, bukannya salah sendiri.
“Inilah generasi yang sedang dibentuk dan bakal menerajui negara,”katanya.

image is not available

Kredit Foto: Google