“Kami di haluan berbeza” – Amelia Henderson & Aedy Ashraf Putus Cinta?

Entertainment
13 Jun 2024 • 1:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan merpati dua sejoli, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan sudah tidak lagi sehaluan dan tidak rapat seperti sebelum ini.

Menurut Amelia atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson antara punca yang membuatkan hubungan mereka renggang adalah faktor kekangan masa dan kesibukan kerja.

Pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memberitahu hubungan dia dengan Aedy sudah tidak seperti dahulu dalam satu sesi live di Instagram miliknya yang kemudiannya dimuat naik oleh netizen di TikTok.

@imyourdaisyyy

” i love him so much but just from afar now ” i sentiasa doakan yang baik2 untuk korang berdua #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson

♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.

Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.

Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” katanya.

Sebelum ini, kedua-dua pelakon muda itu dikatakan mulai rapat ketika digandingkan bersama dalam drama Kisah Cinta Kita pada tahun 2021.

Malah, kedua-dua mereka sering berkongsi moment bersama menerusi media sosial masing-masing.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.