‘Kami doakan mereka yang tak gembira, akan diberi kebahagiaan’ – Amira Othman

EntertainmentLifestyle
27 Oct 2025 • 12:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman menjelaskan hanya fokus kepada perkara positif bagi menjalani hidup yang lebih tenang selepas bergelar suami isteri pada 14 September lalu.

Memetik laporan mStar, Amira berkata, dia enggan mengambil serius kata-kata negatif segelintir pihak berkenaan hubungan serta pernikahan mereka.

Mahu fikir positif

image is not available

“Kami tak baca komen negatif di media sosial. Bagi saya, itu pendapat masing-masing dan tak semua orang akan suka. Apa yang penting, kami tak buat jahat dengan sesiapa dan tak dengki dengan orang lain.

“Malah kami doakan supaya mereka yang tak gembira akan turut diberi kebahagiaan. Kami tak terlalu ambil pusing tentang komen luar, sebab kami hanya mahu hidup dengan aman dan damai.

“Hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia. Kami ada urusan lain, dan kami ingin hidup tenang tanpa perlu melayan perkara yang tak perlu,” kata Amira, pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Fattah menzahirkan rasa syukur apabila majlis persandingan berjalan dengan lancar dan segala urusan berjalan dengan sempurna.

image is not available

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun agak penat kerana majlis diadakan berturut-turut, tapi sebenarnya rasa lebih seronok daripada letih.

“Saya anggap semua ini rezeki, dikelilingi oleh orang yang baik-baik yang datang meraikan kami,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Fattah mengumumkan bakal mengadakan sebuah lagi majlis resepsi bagi meraikan peminat yang tidak putus memberikan sokongan sepanjang kisah percintaan mereka berdua.

Disoal mengenai perkahwinan yang dikatakan sebagai ‘wedding of the year’, Fattah berkata, niat utama mengadakan empat majlis hanya untuk memberikan yang terbaik buat keluarga dan tetamu.

image is not available

“Kami gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Harap semua orang gembira,” terangnya.

Majlis resepsi Fattah dan Amira turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Untuk info, Fattah dan Amira sah mendirikan rumah tangga pada 14 September lalu. Kemudian majlis resepsi pertama diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada minggu lalu.

Sumber: mStar (Najiy Jefri)