“Kami Dulu Doktor Suruh Mengucap Je” – Klinik Ini Bagi Kanak-Kanak Main ‘Game Kereta’ Untuk Hilangkan Rasa Takut Ketika Bersunat

LocalEntertainment
22 Nov 2024 • 11:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelbagai kerenah anak-anak lelaki tunjukkan ketika dihantar untuk bersunat di klinik kerana perasaan takut dan seram-sejuk yang mereka rasakan ketika itu.

Namun, sebuah klinik mengambil inisiatif unik bagi menghilangkan rasa takut kanak-kanak lelaki yang mahu melalui prosedur bersunat.

Menerusi video yang tukar di TikTok, sebuah klinik yang diberi nama Sunat Canggih di Bangyuwangi, Jawa Timur, Indonesia telah membawakan tema kereta bermula dari ruang menunggu sehinggalah ke dalam bilik bersunat.

Lebih menarik lagi, klinik tersebut turut menyediakan katil untuk kanak-kanak lelaki baring ketika disunat dan ia berbentuk kereta.

image is not available

Lebih menyeronokkan lagi, mereka turut menyediakan sebuah televisyen yang digantung di atas untuk anak-anak ini bermain permainan video kereta agar dapat mereka lupakan sebentar perasaan gugup.

Video itu turut memaparkan anak-anak lelaki yang disunat tidak kisah jika ibu atau bapa tidak menemani mereka di dalam bilik prosedur kerana leka bermain ‘game’ yang disediakan.

“Untung adik-adik sekarang boleh main game. Kami dulu doktor suruh mengucap dan istighfar saja,” komen seorang individu.

Menerusi ruangan komen, ada juga segelintir netizen Malaysia yang berasa teruja dan berharap inisiatif tersebut menjadi ikutan di negara kita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

"Mana Ahli Politik Kaya Raya Semua??" - Budak Lelaki Pakai Besen Ulang-Alik Ke Sekolah Undang Kemarahan Netizen