“Kami Harap AGC Pertimbang Dakwaan Lebih Berat Untuk Lima Remaja Dituduh Esok” – Peguam Keluarga Zara Qairina

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina berharap agar Jabatan Peguam Negara (AGC) pertimbangkan semula pendakwaan lebih berat untuk lima remaja yang akan dituduh Rabu ini.

image is not available

Ia kerana, barisan peguam mangsa menganggap pertuduhan buli mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya, adalah ringan untuk lima remaja terlibat itu.

Disebabkan itu, ketua peguam yang mewakili keluarga mangsa iaitu Hamid Ismail berharap AGC dapat menangguhkan dakwaan untuk sementara waktu.

image is not available

 

Sekiranya kesalahan yang ada sekarang dan hasil siasatan lanjut mencukupi untuk mendakwa semua remaja bagi kesalahan lebih berat daripada Seksyen 507D (2), kami merayu mereka didakwa dengan kesalahan yang lebih berat itu.

Hamid berkata barisan peguam berasa bimbang jika pendakwaan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dikenakan, kesemua remaja terbabit akan mengaku bersalah pada esok atau tarikh berikutnya ketika pertuduhan dibuat.

image is not available 2025-08-19 11:05:23

Kes Zara Qairina: "Mereka Berhak Dapat Perlindungan" - SUHAKAM Ingatkan Orang Awam Tak Boleh Dedah Identiti 5 Remaja Didakwa Rabu Ini