“Kami juga ikut perkembangan” – Hakim Beri Pesanan, Harap Syed Saddiq Dapat Teruskan Perancangan Kahwin

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

hakim ikuti perkembangan syed saddiq kahwin

Pengerusi panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan berseloroh agar semua perancangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat diteruskan selepas keputusan majoriti memihak kepadanya.

Dalam keputusan tersebut, Syed Saddiq kekal dibebaskan daripada empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menurut Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, pihaknya turut mengikuti perkembangan semasa termasuk perancangan yang ingin dilakukan Syed Saddiq selepas keputusan kes berkenaan.

“Kami juga mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling kami.

“Kami tahu responden (Syed Saddiq) mempunyai perancangan selepas keputusan kes ini. Kini setelah keputusan majoriti memihak kepada responden, saya berharap beliau dapat meneruskan perancangan itu (perkahwinan) dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam prosiding sama, Abu Bakar turut menjelaskan bahawa hakim juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesihatan berbeza.

Menurutnya, penangguhan kes akibat masalah kesihatan seseorang hakim bukanlah perkara luar biasa dan pernah berlaku dalam perjalanan prosiding mahkamah.

Beliau berharap semua pihak dapat memahami keadaan itu, terutama apabila sesuatu prosiding perlu ditangguhkan kerana faktor kesihatan.

Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepaskan.

Sementara Abu Bakar menjadi satu-satunya hakim yang berpandangan berbeza apabila mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah.

Abu Bakar berkata, ahli politik tersebut dibebaskan daripada pertuduhan pertama iaitu bersubahat pecah amanah namun didapati bersalah atas tiga kes lain iaitu salah guna harta dan AMLA.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Facebook Hannah Yeoh

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved