“Kami Kena Makan Ubat” – Azhar Sulaiman ‘Back Up’ Anak Salah Nyanyi Lagu Ketipak Ketipung Raya, ‘Dedah’ Ada Penyakit Keturunan

Music
18 Apr 2024 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon versatil, Azhar Sulaiman tampil berseloroh apabila anaknya, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi tumpuan apabila tersasul ketika menyanyikan lagu Ketipak Ketipung Raya dalam bahasa Melayu.

Ujar Azhar dalam nada bergurau, anak perempuannya itu mempunyai penyakit keturunan dan perlu memakan ubat dari semasa ke semasa.

Leona jadi macam ni sebab ianya adalah sejenis penyakit keturunan, kami sekeluarga perlu ambil ubat masa ke semasa. Harap bersabar jelah dengan karenah crack keluarga Behar.

Terdahulu, video Leona terkial-kial menyanyikan lagu raya berkenaan menjadi tular kerana dia dirakam tersasul ketika menuturkan bahasa Melayu.

Lirik lagu Ketipak yang dinyanyikan Leona telah bertukar menjadi ketiak dan Sayang pula terganti dengan ayat bawang telah menjadi bahan jenaka netizen di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 hours ago

"Bagi Saya Inilah Cara Saya Bercakap.." - Dikritik Pelat Ketika Bertutur Bahasa Melayu, Netizen Ramai 'Backup' Leona