“Kami makan ‘king crab’, Bella makan cili”- Rakan Siti Bainun

14 Jun 2022 • 4:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes penderaan remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella masih lagi dalam perbicaraan dan minggu ini rakan kepada pengasas Rumah Bonda mejadi saksi kelapan untuk kes tersebut.

Terbaru rakan kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Sesyen pada Isnin bahawa, tetamu yang hadir di rumah Siti Bainun disajikan makanan ‘king crab’ tetapi Bella didera dengan memakan cili.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, ketika berada di sebuah kondominium di Wangsa Maju, saksi berusia 40 tahun itu berkata, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan iaitu pada Mei dan Jun 2021.

“Siti Bainun ajak makan ‘king crab’ untuk ‘shell out’, saya tiba di rumah itu dengan Haiza, pada jam 5 petang. Setibanya di sana, saya terkejut dengan keadaan Bella, bila ditanya, Siti Bainun jawab ‘mereka bergaduh” kata saksi itu.

‘Keadaan’ Bella merujuk kepada rambutnya yang dipotong dengan sangat pendek sehingga kelihatan ‘tobek’, lebam pada bahagian muka dan kelihatan dalam ketakutan.

Difahamkan, saksi juga bertanya mengapa Bella tidak dibawa ke klinik, Siti Bainun berkata dia sudah diberikan ubat.

Saksi juga berkata ketika Siti Bainun masak untuk tetamunya dan makan bersama mereka tetapi Bella dibiarkan sahaja.

Dalam insiden yang berbeza pula, saksi memberitahu mahkamah dia pernah melihat Siti Bainun memegang dagu remaja sindrom Down itu dan memaksanya untuk makan nasi goreng bercampur cili dalam nisbah yang banyak.

Prosiding akan disambung petang ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.