'Kami memang terkejut...' Tiba-tiba rebah, pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia ketika latihan ragbi. Ini kronologi

25 Jun 2026 • 9:35 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Kami memang terkejut...' Tiba-tiba rebah, pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia ketika latihan ragbi. Ini kronologi

PEMERGIAN mengejut pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah di Telok Mas ini meruntun hati.  

Tragedi yang menimpa remaja berusia 14 tahun itu berlaku ketika dia sedang mengikuti latihan ragbi di sekolahnya di Telok Mas, Melaka Tengah pada petang Rabu.

Bagi memudahkan pembaca memahami bagaimana insiden memilukan ini berlaku, berikut adalah kronologi kejadian yang berlaku pada jam 6 petang itu:

Image from: 'Kami memang terkejut...' Tiba-tiba rebah, pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia ketika latihan ragbi. Ini kronologi
Foto: Tangkap layar video Malaysia Gazzette

-Ketika sesi latihan bermula, mangsa turun ke padang dan menjalani latihan ragbi seperti biasa.

-Selepas kira-kira 15 minit beraksi di padang, sesi latihan dihentikan seketika untuk waktu rehat.

-Semua pemain termasuk mangsa duduk berkumpul untuk mendengar taklimat daripada jurulatih.

-Ketika sedang duduk mendengar taklimat tersebut, mangsa tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

-Tanpa disangka, remaja berkenaan terus rebah di tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia.

Image from: 'Kami memang terkejut...' Tiba-tiba rebah, pelajar Tingkatan Dua meninggal dunia ketika latihan ragbi. Ini kronologi

Datuk saudara mangsa, Yahya Endut, 64 berkata, beliau terkejut dengan kejadian yang menimpa cucu saudaranya itu yang dipeliharanya sejak kecil.

“Sebaik menerima maklumat, kami sekeluarga terus ke sekolah. Kami memang terkejut kerana dia tidak pernah menghidap sebarang penyakit,” katanya pada Rabu.

Katanya, mangsa yang tinggal di asrama juga tidak pernah berkongsi sebarang masalah kesihatan atau perkara lain sepanjang berada di sana.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan mangsa rebah semasa taklimat selepas latihan ragbi sebelum disahkan meninggal dunia.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas juga mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden itu.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved