“Kami menjadi semakin rapat…” – Tular Isu Bercinta Dengan Ex Leona, Cupcake Aisyah Keluarkan Kenyataan

Entertainment
8 Jan 2024 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak hujung minggu lalu, media sosial menjadi hangat dengan satu video yang dimuat naik oleh Kasih Iris Leona iaitu seorang influencer yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman.

Dalam video itu, Leona menggunakan filter memecahkan kaca dengan memberi bayangan begitulah hatinya selepas mendapat tahu bekas teman lelakinya kini bercinta dengan kawan baiknya.

Satu nama yang menjadi perbualan ialah YouTuber, Cupcake Aisyah. Ramai netizen yang meneka bahawa gadis muda itu kini bercinta dengan Ryan iaitu bekas teman lelaki Leona.

Terbaru, Cupcake Aisyah menerusi laman media sosialnya menjelaskan gosip yang menyelubungi dirinya itu.

Difahamkan, Aisyah kini sedang berehat daripada media sosial namun masih ingin membuat kenyataan mengenai isu ini untuk menjelaskan keadaan kerana dikatakan ahli keluarganya turut terpalit dengan kontroversi itu.

“Kami bertiga menjadi kawan baik yang menyokong satu sama lain dalam perniagaan, media sosial dan kehidupan secara umum tetapi saya ingin menjelaskan bahawa saya tiada niat apa-apa dalam perhubungan mereka.

Selepas perpisahan mereka, kedua-dua mereka datang kepada saya secara berasingan untuk mengadu dan saya hanya cuba yang terbaik untuk menjadi kawan baik kepada mereka berdua,” tulisnya.

YouTuber itu turut menjelaskan bahawa hubungan dia dan bekas teman lelaki Leona menjadi lebih rapat selepas kerap bertemu namun Leona ada memberitahu dia kurang selesa dengan situasi mereka bertiga dan Aisyah menghadkan hubungannya dengan Ryan hanya sebagai rakan.

image is not available

Susulan video mengenai jam tangan mewah yang diberikan Ryan kepada Aisyah, dia memberitahu Ryan mempunyai kenalan untuk mendapatkan jam tangan tersebut dan kemudiannya menghantar jam itu ke rumah Aisyah.

“Situasi ini berlaku lebih setahun yang lalu, dan setelah direnungkan, saya mengakui kesalahan saya dan ingin memohon maaf kepadanya (Leona) sekali lagi, kali ini secara terbuka.

Saya minta maaf kerana ini menjejaskan persahabatan kita tetapi saya harap semua orang boleh melupakan perkara ini,” tulisnya lagi.

Selain itu, Aisyah juga berterima kasih kepada mereka yang bertanyakan khabarnya berkenaan isu ini dan berharap orang ramai tidak menyebarkan kebencian selain memberitahu dia masih akan berehat daripada media sosial.

Sumber: Twitter

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.