'Kami okay sahaja bersahabat' - Akmal Saleh ulas kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kami okay sahaja bersahabat' - Akmal Saleh ulas kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah
Foto bersama Muhamad Akmal (kanan) yang dikongsi Afnan Hamimi di akaun Facebook beliau. Foto: FB Afnan Hamimi

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkongsi mengenai kunjungan Pemuda UMNO ke Kompleks Pas Kedah, berlandaskan hubungan persahabatan.

Muhamad Akmal berkata, hubungan persahabatan tidak seharusnya dibina atas dasar politik semata-mata.

"Sebaliknya, penyatuan perlu dilakukan juga dari luar konteks politik. Orang lain boleh cakap macam- macam,tapi kami okay sahaja bersahabat," ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam masa sama, Muhamad Akmal turut berkongsi hantaran Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memaparkan gambar rombongan tersebut.

Muhamad Akmal juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Pas Negeri Kedah kerana menjamu mereka.

"Terima kasih sudi jamu makan tengah hari, alang-alang sudah sampai di bumi Kedah hari ini.

"Insya-ALLAH, kita jaga persahabatan ini hingga ke syurga," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved