“Kami Pandang Serius Perkara Ini” – Pemaju Elmina Tekad Kerjasama Dengan IPD Banteras ‘Mat Rempit’

LocalPolitics
26 Oct 2024 • 10:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa video pendek yang memaparkan sekumpulan ‘mat rempit’ membuat onar di kawasan perumahan Elmina.

Di aplikasi TikTok memaparkan kejadian itu berlaku di Elmina Shah Alam manakala di aplikasi X, ia berlaku di Elmina Sungai Buloh.

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka berkumpul secara beramai-ramai dan membunyikan motosikal mereka sekuatnya dan membingitkan telinga.

Kejadian itu berlaku pada hari minggu dan perkara ini mengganggu ketenteraman penduduk yang tinggal di situ.

Pemaju Elmina, Sime Darby Property telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mengatakan mereka mahu membanteras masalah gejala sosial itu bersama IPD Shah Alam.

Kami ingin memberi perhatian kepada penduduk berkenaan isu ‘Mat Rempit’ terutamanya di Perbandaran Elmina West.

 

Kami ingin meyakinkan anda bahawa kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang diperlukan terhadap ‘Mat Rempit’ ini melalui Operasi Banteras.

Pihak pemaju turut berkata pihak polis bantuan akan terus memperkasakan rondaan di lokasi ‘hotspot’ dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan para penduduk.

image is not available 2 days ago

Ahli KWSP Umur 100 Tahun Ke Atas Perlu Tuntut Simpanan Persaraan Sebelum 31 Mac 2025