“Kami profesional sahaja, tak ada sampai bermasam muka pun” – Ahli Parlimen Bukit Bendera

LocalPolitics
27 Feb 2025 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ahli Parlimen Bukit Bendera

Ahli Parlimen Bukit Bendera menegaskan hubungannya bersama Syed Saddiq dalam keadaan baik sahaja selepas isu teguran terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan berkaitan tanggungjawab sebagai wakil rakyat menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Syerleena yang sempat bertemu dengan Saddiq di Parlimen hari ini berkata, teguran tersebut tidak membuatkan hubungan antara mereka menjadi keruh sebaliknya kekal profesional dalam kerjaya masing-masing.

Ahli Parlimen Bukit Bendera

“Alhamdulilah, kami profesional sahaja. Tak ada sampai bermasam muka pun,” ujarnya dalam sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh Syerleena, dapat dilihat beliau sedang beramah mesra dengan Saddiq dan anak lelaki kepada aktres Bella Astillah iaitu Mohamed Ayden Adrean.

Ahli Parlimen Bukit Bendera

image is not available

image is not available

Difahamkan, Saddiq telah membawa Bella dan Ayden melawat setiap tempat di Parlimen sambil menegur sapa dan bergambar dengan kakitangan serta Ahli Parlimen tanpa mengira daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Kedua-dua mereka memakai pakaian warna sedondon dengan Syed Saddiq berbaju Melayu, bersamping songket dan bersongkok, manakala Bella memakai baju kurung moden serta selendang di bahu.

Masing-masing profesional ketika bekerja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap profesional kedua-dua wakil rakyat tersebut dengan melupakan persengketaan berlaku sebelum ini demi kesejahteraan bersama.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen puji layanan baik Saddiq

Dalam pada itu, ramai yang terharu dengan layanan baik Saddiq terhadap anak sulung Bella yang sanggup meluangkan masa memberi pendedahan pendidikan berkaitan Parlimen kepada kanak-kanak tersebut.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Syerleena Rashid