“Kami Rancang Untuk..” – ECLIPSE Disuruh Muncul Di Acara Muzik, Ini Respon Pelakon ‘Lovely Runner’

Music
30 May 2024 • 3:50 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun “Lovely Runner” telah tamat, lagu OST drama tersebut masih lagi menduduki carta lagu tertinggi.

Terbaru, Seung-hyub N.FLYING yang memegang watak sebagai Baek In-hyuk dalam “Lovely Runner” telah ditemu bual, di mana dia telah mendedahkan kemungkinan untuk ECLIPSE melakukan promosi seperti kumpulan sebenar.

Katanya,

Sebenarnya kami ada rancang benda ni sejak dari kali pertama kami berlatih. Kami pernah banyangkan betapa seronoknya jika kami boleh buat persembahan bersama di pentas yang sebenar. Tambahan pula Byun Woo-seok sangat berbakat dan dia pun nak juga nyanyi sama-sama.

image is not available

Selepas temu bual itu dikeluarkan, rata-rata peminat telah berharap agar ianya akan menjadi kenyataan.

Komen mereka,

  • Sekali pun jadilah, saya nak sangat tengok..
  • Tolong la jadi kenyataan
  • Saya tak kisah dekat rancangan mana, tolong la bagi mereka buat persembahan..
  • Nak tengok ECLIPSE nyanyi!

Teringin juga nak tengok Byun Woo-seok menyanyi live dekat TV!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.