“Telefon Saya..” – Tampil Berani, Byeon Wooseok Secara Terbuka Ajak Kim Hyeyoon Keluar Bersama

Entertainment
23 May 2024 • 12:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byeon Woo-seok dan Kim Hye-yoon tidak dinafikan mempunyai keserasian mantap dalam “Lovely Runner”.

Baru-baru ini, Byeon Woo-seok telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia menyatakan rasa terima kasihnya kepada Kim Hye-yoon dan meninggalkan mesej,

Hye-yoon-ah..Hye-yoon-ssi. Terima kasih atas tenaga hebat yang awak berikan kepada saya semasa penggambaran. Saya benar-benar belajar banyak daripada sikap awak di set. Terima kasih kepada awak, saya boleh lakonkan Sun-jae dengan baik.

Sambungnya lagi dengan turut mengajak wanita itu untuk keluar makan bersama,

Telefon saya kalau awak nak makan sedap, saya akan belikan untuk awak bila-bila. Terima kasih banyak-banyak untuk semuanya.

Sebelum ini, Byeon Woo-seok pernah berkongsi bahawa dia akan mengajak perempuan yang dia minat untuk keluar makan bersama, menimbulkan dakwaan bahawa lelaki itu memang ada perasaan kepada Kim Hye-yoon.

Kami approve!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.