
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seorang yang bergelar guru sememangnya mempunyai tempat yang istimewa di hati para pelajarnya.
Ini kerana, insan istimewa itu bukan sahaja mencurahkan bakti dengan mendidik anak bangsa tetapi mereka juga sentiasa ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan pelajar sentiasa mengingati jasa guru walau di mana sahaja mereka berada.
Pelajar berkunjung ke rumah guru siap bawa makanan kerana rindu
Terbaharu, seorang cikgu lelaki telah berkongsi gelagat sekumpulan pelajar lelakinya yang ingin berkunjung ke rumah kerana merindui pendidik itu.
Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp dalam video yang dikongsikan oleh Shafiq Alsukri di TikTok, awalnya kelihatan pelajar berkenaan menghubungi guru tersebut dan bertanya adakah boleh sekiranya mereka berkunjung ke rumah guru berkenaan kerana merinduinya.
“Assalamualaikum cikgu, cikgu ada rumah tak esok? Kami nak pergi tengok cikgu. Kami rindu cikgu, cikgu tak perlu buat apa-apa. Kami bawa makanan, kami kumpul duit. Kami nak pergi tengok cikgu.
“Kami tak nak menyusahkan cikgu, tak apalah cikgu,” katanya.
Kongsi momen pelajar datang rumah siap bawa makanan dan masak
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan guru tersebut berasa terharu kerana anak murid sudi untuk menziarahinya dan tidak mempunyai hidang seperti kuih serta sebagainya.
Dalam video yang sama, guru itu turut berkongsi momen anak muridnya berkunjung ke rumah siap membawa beg pakaian dan makanan.
Kelihatan mereka turut duduk bersama-sama sambil memakan biskut raya bersama-sama.
Apa yang lebih menarik mereka juga turut membuat air dan memasak beramai-ramai di rumah cikgu terbabit sebelum makan bersama.
Dalam keseronokan berkumpul, mereka turut solat berjemaah dan bersalaman dengan guru itu sebelum pulang ke rumah masing-masing.
“Kadang-kadang dapat anak murid yang baik juga adalah satu rezeki dari tuhan. Walaupun diri ini mengajar tak lama di sekolah tu, tapi anak-anak masih ingat lagi.
“Semoga maju jaya adik-adik saya. Sedih betul rumah bujang, saya tak banyak benda boleh jamu. Apa-apa pun terima kasih,” katanya di kapsyen.
Kadang kadang dapat anak murid yang baik juga adalah satu rezeki dari Tuhan. Walaupun diri ni ngajar tak lama di sekolah tu.. tapi anak anak masih ingat lagi… semoga maju jaya adik adik saya ..sedih aihh umah bujang saya tak banyak benda boleh jamu… apa apa pun terima kasih 🤍🤲🏻
Ramai suka lihat kemesraan guru dan pelajar
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat kemesraan di antara pelajar dan guru tersebut.
Ada juga yang memuji kerana ibu bapa pelajar berkenaan begitu menyokong anak mereka untuk berjumpa dengan guru mereka.
Tidak kurang juga ada yang terhibur melihat gelagat pelajar sewaktu berkunjung ke rumah cikgu mereka.
“Kereta beratur macam nak hantar anak balik asrama pula”

“Mak ayah mereka pun bagus beri izin, siap hantar depan rumah lagi”

“Hebat cikgu dengan anak didiknya”


![“Tengah Malam Mesej” – Cikgu Kecewa, Ada Ibu Bapa Minta Tolong Tapi Tak Pandai Berbudi Bahasa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

