“Kami sangka dah selesai” – Pelanggan Perjelas Isu Didakwa Culas Bayar Bil Makanan Cecah RM1k

Entertainment
4 Sep 2023 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di laman Facebook perkongsian seorang pemilik restoran makanan laut di Sabah yang mendakwa pelanggannya tidak mahu membayar penuh makanan yang dipesan berjumlah RM1,102.20 kerana terlalu mahal.

Kata pemilik restoran itu, pelanggan terbabit hanya mahu membuat bayaran sebanyak RM400 dan terus keluar lari dari restoran terbabit.

Menerusi tangkap layar bil makanan itu, pelanggan tersebut telah membuat pesanan makanan laut seperti lobster, sotong goreng, dua set masakan ketam, ikan kerapu dah beberapa jenis minuman.

image is not available

 

“Seolah-olah kami yang salah”

Bagaimanapun, pelanggan terbabit tampil menafikan dakwaan pemilik restoran terbabit dengan menyatakan kesal terhadap isu yang berlaku.

Menurutnya, pihak restoran tidak memberikan maklumat yang cukup mengenai harga makanan yang dipesan.

Katanya lagi, pelayan restoran terbabit yang mencadangkan jenis makanan dan saiz yang harus dipesan.

“Saya pilihkan kamu saiz kecil sahaja cukup untuk kamu 3 orang,” kata pelayan itu.

image is not available

Susulan terkejut dengan bil yang diterima, seorang jurujual tampil menawarkan penyelesaian menyatakan pihak restoran akan membayar separuh daripada bil tersebut.

Tambahnya, jurujual tersebut juga bertindak memulangkan RM100 kepadanya sebagai tanda minta maaf daripada pihak restoran.

Pelanggan tersebut turut memuat naik rakaman video di mana pekerja restoran itu sendiri menyatakan idea pembayaran terbabit.

Ujarnya, salah faham dari pihak restoran mengenai isu tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik.

Ekoran isu tersebut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah membuat pemeriksaan terhadap restoran terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai menjalankan siasatan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.