“Kami Sepatutnya Boleh ‘Makan’ Crystal Palace,” – Ten Hag

LocalFootball
22 Sep 2024 • 1:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

“Kami Sepatutnya Boleh ‘Makan’ Crystal Palace,” – Ten Hag

Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag, mengakui bahawa pasukannya sepatutnya mampu menewaskan Crystal Palace selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan di Selhurst Park awal pagi tadi.

“Apabila kami tidak menang, saya tidak berpuas hati. Kami sepatutnya menang. Saya rasa pada separuh masa pertama, kami sepatutnya dapat ‘makan’ mereka (Crystal Palace).

“Pada separuh masa kedua, perlawanan agak seimbang, tetapi kami sepatutnya menjaringkan satu atau dua gol di babak pertama,” kata Ten Hag.

image is not available
Gambar: AFP

Walaupun kecewa dengan keputusan perlawanan, jurulatih dari Belanda itu memuji barisan pertahanannya yang berjaya mengekang asakan lawan tanpa bolos.

Namun, dia turut menggesa anak buahnya untuk lebih tajam di hadapan gawang lawan.

“Saya tidak fikir kami bermain dengan buruk. Kami mengawal perlawanan sepenuhnya, termasuk penguasaan bola. Bagi saya, itu satu pencapaian yang baik, tetapi masalahnya adalah kami gagal menterjemahkan peluang kepada gol,” tambahnya.

Palace kekal kebal

image is not available
Gambar: AFP

The Red Devils bertandang ke Selhurst Park dengan keyakinan tinggi selepas membelasah Barnsley 7-0 dalam perlawanan sebelum ini.

Namun, kali ini mereka gagal mencipta sebarang jaringan.

Dalam perlawanan minggu ke-5 Liga Perdana Inggeris itu, Ten Hag membuat beberapa pertukaran.

Beliau memberi peluang kepada penyerang muda Argentina, Alejandro Garnacho, untuk memulakan perlawanan, sementara Marcus Rashford diletakkan di bangku simpanan.

Pada separuh masa pertama, United jelas lebih dominan dengan serangan bertali-arus ke arah gawang lawan.

Namun, Garnacho terlepas dua peluang keemasan, termasuk satu percubaannya dari dalam kotak penalti yang terkena palang.

Setakat musim ini, United hanya berjaya menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan liga.

Dengan tujuh mata terkumpul daripada lima perlawanan, United kini berada di tangga ke-11 dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Untuk info, United dijadualkan menentang Twente dalam perlawanan pembukaan Liga Europa pada awal pagi Khamis nanti.

Sumber: Goal.com