“Selepas City, Kami Menang Trofi Paling Banyak…” –  Ten Hag

FootballSports
2 Sep 2024 • 9:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Selepas City, kami menang trofi paling banyak..” – Ten Hag

MANCHESTER — Jurulatih Manchester United, Erik Ten Hag menafikan pasukan akan dihukum selepas dimalukan rival, Liverpool 0-3 di hadapan penyokong sendiri, lapor ESPN.

Jurulatih Belanda itu sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas perlawanan ‘panas’ minggu ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Mungkin awak boleh jelaskan kepada saya kesilapan yang mana.

“Bimbingan adalah bermasalah? Awak pasti? Saya tidak fikir begitu. Kalau tidak, anda tidak akan menangi trofi seperti yang kami miliki.

“Saya berasa kesian dengan awak, selepas Manchester City, kami menang trofi paling banyak dalam dua tahun lepas, jadi saya berasa kasihan dekat awak,” selarnya selepas United tewas di Old Trafford semalam.

Saya bukannya Harry Potter

Tambah Ten Hag, pasukan miliknya masih lagi mencari rencah resepi antara pemain baharu dan pemain lama. Kedatangan pemain baharu Manuel Ugarte tentunya menambahkan lagi ‘resipi’ untuknya dalam permainan United.

Semalam, pemain baharu bernilai £50 juta itu hanya kelihatan memanaskan kerusi penonton dan masih belum dapat diturunkan.

“Ia baru perlawanan ketiga musim ini, kami dalam fasa membina pasukan baharu.

“Perlu saya jelaskan berulang kali tentang ini bahawa pasukan kami dalam fasa peralihan. Kami mempunyai pemain senior dan pemain muda untuk dibina.

“Kami mempunyai tiga pemain yang bermula buat kali pertama musim ini. Sabar, kami akan bangkit dan saya yakin kami akan berpeluang untuk menjulang satu lagi trofi pada penghujung kempen,” ujarnya lagi.

Dibotol Liverpool

Awal pagi tadi, pemain tengah Manchester United, Casemiro menjadi perhatian ramai selepas melakukan dua kesilapan yang membawa kepada dua gol Luis Díaz pada separuh masa pertama.

Susulan itu, pemain Brazil berkenaan telah dibawa keluar dan digantikan dengan pemain muda Toby Collyer.

Bagaimanapun, pasukan pelawat terus meratah The Red Devils dengan gol ketiga menerusi jaringan Mohamed Salah, 11 minit selepas babak kedua bermula.

Kekalahan ini meletakkan United di tangga ke-14 liga dengan hanya tiga mata manakala Liverpool di tangga kedua di bawah City.

Sumber: ESP