“Kami Sibuk..” – Jennie Kongsi BLACKPINK Akan Comeback Pada Julai Ini

EntertainmentMusic
8 May 2025 • 11:00 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

BLINKS boleh siap sedia dah untuk kemunculan semula BLACKPINK sebagai satu kumpulan!

Terbaru, Jennie telah muncul dalam program “You Quiz on the Block” susulan persembahannya di Coachella dan bercerita sedikit sebanyak tentang comeback BLACKPINK.

Ketika Yoo Jae-suk bertanya sekiranya kumpulan itu akan kembali semula pada bulan Julai ini, Jennie mengesahkan,

Betul. Kami sedang sibuk dengan aktiviti solo sekarang tapi kami sangat teruja untuk kembali bersatu.

Sementara itu, BLACKPINK akan memulakan konsert jelajah 2025 mereka pada 5 Julai nanti bertempat di Stadium Goyang, Gyeonggi-do.

Dah tak sabar ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.