Kehadiran penyanyi Jennie Blackpink di festival muzik Coachella Valley 2025 bagi menonton persembahan anggota kumpulan Blackpink pada minggu kedua menjadi perhatian dalam kalangan peminat.
Jennie Blackpink tonton persembahan Lisa

Menerusi video yang tular di laman X, memperlihatkan Jennie cuba menyembunyikan identitinya dengan mengenakan hoodie dan kaca mata hitam sambil menutup sebahagian wajah namun para peminat masih boleh mengenali penyanyi terkenal itu.
Kemunculan Jennie tersebut sekaligus menamatkan spekulasi berhubung persengketaan di kalangan anggota Blackpink terutamanya antara dirinya dan Lisa yang didakwa cuba mengejar kerjaya solo di luar negara.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji Jennie kerana hadir memberikan sokongan sebagai tanda tidak pernah melupakan rakan seperjuangannya itu.
Malah ada juga yang memuji Jennie tetap kelihatan comel biarpun berpakaian persis seorang ninja dan percaya hubungan di antara anggota Blackpink tetap terjalin buat sampai ke akhir hayat.
Blackpink buat selamanya

Tahu tempat di mana dia dihargai 
Sayang seperti keluarga


Untuk rekod, Coachella Valley 2025 berlangsung di California, Amerika Syarikat bermula 11 April lalu. Selain Lisa, Jennie turut memeriahkan pentas Coachella 2025 tahun termasuk beberapa barisan penyanyi popular iaitu Lady Gaga, Green Day, Travis Scott, Ed Sheeran dan Missy Elliot.
The post Jennie Blackpink Hadir Persembahan Lisa Di Coachella, Bukti Hubungan Masih Baik appeared first on Borak Daily.


