“Kami Suami Isteri Tapi..” – Kim Jiwon Kongsi ‘Spoiler’ Drama Baru Bersama Kim Soohyun

Entertainment
5 Jan 2024 • 3:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas “My Liberation Notes”, pasti ramai yang nantikan drama terbaru dari Kim Ji-won kan?

Terbaru menerusi video temu bual di saluran YouTube ‘Y Magazine’, Kim Ji-won ada berkongsi serba sedikit mengenai dramanya akan datang berjudul “Queen of Tears”.

Untuk pengetahuan, “Queen of Tears” akan diterajui Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun, menceritakan kisah cinta ajaib yang mendebarkan dan pasangan lucu suami isteri, yang berjaya mengharungi krisis dan kekal bersama dalam menghadapi segala rintangan.

Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu berkongsi ‘spoiler’ mengenai drama berkenaan,

Saya dengan watak saya hanya terdapat 20% persamaan. Watak yang saya lakonkan ini sangat kuat dan seorang yang ‘dingin’. Dia sangat jujur dalam ekspresinya, yang merupakan perbezaan terbesar daripada saya.

image is not available

Sambungnya lagi mengenai wataknya dengan Kim Soo-hyun,

Kami akan memainkan peranan sebagai pasangan suami isteri, tetapi kehidupan mereka tidak begitu lancar.

Sementara itu, “Queen of Tears” dijangka bakal menemui penonton pada separuh pertama 2024 ini.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.