“Kami Tak Bersedia Langsung..” – Ahli Dedah Tak Tahu fromis_9 Akan Comeback

Music
5 Jun 2024 • 12:44 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pledis Entertainment telah mengumumkan bahawa fromis_9 akan melakukan kemunculan semula tak lama lagi.

Terbaru, Ha-young telah membuat kemunculan dalam satu rancangan radio dan ketika ditanya mengenai kemunculan semula mereka selepas lebih setahun, jawapan ahli fromis_9 itu telah mengejutkan peminat.

Di mana, penyanyi itu telah mendedahkan yang ahli kumpulannya itu tidak diberitahu oleh syarikat mereka bahawa fromis_9 akan melakukan kemunculan semula.

Katanya,

Sejujurnya saya tak tahu yang kami akan buat kemunculan semula Ogos ni. Kami dapat tahu pun dari peminat.

Tambahnya,

fromis_9 tak ada buat persediaan apa-apa dan kami tak bersedia langsung untuk keluarkan album baru Ogos ini.

Pendedahan ini telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat. Ramai yang mengecam perbuatan Pledis Entertainment yang dilihat seakan ingin mensabotaj kumpulan itu.

Komen peminat,

  • Pledis ni dah kenapa?
  • Saya rasa yang mereka akan dibubarkan tak lama lagi..
  • Macam mana artis sendiri tak tahu yang mereka akan lakukan kemunculan semula?
  • fromis_9 sering diabaikan oleh Pledis.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.