Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menyamakan kisah cinta mereka dengan pasangan berkenaan, Syed Saddiq, 34, berkata perbandingan itu terlalu besar memandangkan sumbangan serta perjalanan hidup Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah tidak boleh disamakan dengan mereka.
AdvertisementView this post on Instagram
“Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarhamah dan juga Tun Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa,” katanya ketika ditemui pada sidang media Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq.
Menurut Syed Saddiq, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara tokoh wanita yang wajar dijadikan inspirasi, khususnya dalam bidang perubatan serta khidmat kepada masyarakat.
“Tun Hasmah salah seorang doktor wanita terawal yang memberikan inspirasi kepada wanita. Beliau satu-satunya doktor wanita dalam kelompoknya ketika itu di Singapura dan mendapat biasiswa.
“Tun Mahathir lagilah. Saya rasa saya tidak perlu menyenaraikan satu per satu pencapaian dan jasa beliau kepada negara yang sehingga hari ini kita masih menerima manfaatnya.
“Jadi, sejujurnya, bagi mereka yang berkongsikan perkara ini, saya tahu ia datang daripada niat yang baik. Tetapi jawapan kami, kita tidak layak untuk disamakan kerana mereka jauh lebih ke hadapan daripada kami,” katanya.
Dari sudut cinta pun masih terlalu jauh
Syed Saddiq berkata, sekalipun perbandingan itu dibuat bukan berdasarkan sumbangan kepada negara tetapi dari sudut hubungan dan keutuhan cinta, dia tetap merasakan dirinya dan Bella belum layak disamakan dengan pasangan berkenaan.
Katanya, dia dan Bella baru sahaja mahu memulakan kehidupan berumah tangga, sedangkan Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah telah melalui kira-kira tujuh dekad kehidupan bersama.
View this post on Instagram
“Saya tahu mungkin ada yang kata, ‘Oh, tetapi bukan daripada sudut sumbangan kepada negara, mungkin daripada sudut cinta.’ Itu pun saya rasa kami tidak layak.
“Kerana kami ini baru nak berkahwin, nak menghalalkan hubungan. Mereka ini sudah 70 tahun meraikan cinta dan kebijaksanaan bersama. Kami belum sampai pun 25 tahun, baru nak membuka bab atau buku yang pertama.
“Kalau kita ibaratkan seperti sebuah buku, kami baru nak menulis muka surat pertama. Mereka bukan sekadar menulis muka surat pertama, mungkin mereka sudah mempunyai perpustakaan sendiri yang boleh berkongsikan kisah cinta mereka. Bukan satu buku, tetapi sudah beribu-ribu buku,” ujarnya.
Syed Saddiq turut berkata, apa yang mampu dilakukan oleh mereka adalah menjadikan perjalanan hidup pasangan tersebut sebagai sumber inspirasi dalam melangkah ke alam rumah tangga.
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq dijadualkan diijabkabulkan pada 10 Oktober ini sebelum meneruskan beberapa majlis sambutan perkahwinan termasuk Kenduri Rakyat di Muar dan Kota Kinabalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Mohon Common Sense Untuk Jaga Privacy” - PA Bella Astillah Beri Peringatan Kepada Penerima Kad Jemputan
The post “Kami Tak Layak Disamakan Dengan Tun M Dan Allahyarham” – Syed Saddiq Dan Bella Respon Dakwaan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






