“Kami Tak Sabar..” – YG Entertainment Umum 2NE1 Bakal Kongsi Berita Gembira Buat Peminat

Music
28 Jun 2024 • 11:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, peminat dah boleh berharap mengenai kemunculan semula 2NE1!

Sebelum ini, YG Entertainment mengesahkan laporan bahawa keempat-empat ahli 2NE1 telah bertemu dengan penerbit eksekutif Yang Hyun-suk namun, enggan memberikan butiran lanjut.

Terbaru pada 28 Jun, agensi secara rasmi mengumumkan bahawa akan ada berita baik bakal diumumkan kepada peminat mengenai 2NE1. Jelas YG,

Ini adalah perbualan pertama ahli 2NE1 dengan Yang Hyun-suk dalam lapan tahun dan walaupun tiada rancangan konkrit yang telah dibuat, Yang Hyun-suk sangat menyayangi kumpulan itu.

image is not available

Sambung agensi,

Selepas mendengar permintaan ahli dan berempati dengan mereka, kami tidak sabar untuk menyampaikan berita baik kepada peminat tidak lama lagi.

Lagu baru please! Hehe

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.