“Kami Taknak, Tapi Jika Ia Memaksa..” – Anak Pengasas Dnars Mahu Gali Semula Kubur Ibu, Cari Punca Kematian

LocalFamily & Parenting
12 Oct 2025 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Media sosial kecoh apabila anak kepada arwah pengasas Dnars, Faziani Rohban tampil membuat kenyataan mengejutkan di platform Threads.

Dalam hantaran itu, Irdina memuat naik screenshot mesej dengan abangnya, Iqbar mengenai proses gali semula kubur untuk mengetahui punca sebenar kematian ibu.

image is not available

Menurut Irdina, mereka sebenarnya tidak mahu sampai ke tahap ini tetapi keadaan telah memaksa. Dakwanya, terlalu banyak putar belit menyebabkan dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kemalangan ibunya pada 2019.

Netizen yang membaca luahan tersebut meluahkan rasa simpati dan menasihatkan agar perkara itu diselesaikan secara baik tanpa membuka aib keluarga.

image is not available

Irdina juga menafikan dakwaan pertikaian berlaku disebabkan harta semata-mata. Jelasnya, dia hanya mahu menuntut keadilan buat ibunya yang mungkin dianiaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-12 10:24:23

"Rotan Bukan Penyelesaian? Entahlah Kak Menteri.." - YB Duyong