Suami Pengasas Dnars Nafi Ambil Dan Sembunyi Wang Tunai Sebanyak RM1.3 Juta

Entertainment
11 Oct 2025 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya kemelut keluarga Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu pengasas jenama kecantikan Dnars masih lagi belum berakhir apabila suami pengasas tersebut, Ahmad Shah Rizal Ibrahim tampil menafikan dakwaan dan tuduhan bahawa dia mengambil dan menyembunyikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta.

Ahmad Shah Rizal telah meafikan dakwaan tersebut dalam satu sidang media baru-baru ini.

Menurut Sinar Harian, suami kepada Allahyarham pengasas Dnars itu mengatakan bahawa wang tunai tersebut merupakan hasil usahanya bersama arwah isterinya itu semasa hayat.

Wang tersebut pula telah diambil olehnya daripada peti besi dengan disaksikan oleh seorang wakil keluarga.

image is not available

Difahamkan, wang sebanyak lebih sejuta Ringgit itu telah disimpan di dalam akaun bank Ahmad Shah Rizal untuk tujuan keselamatan secara sementara.

Menurutnya lagi, ketika itu, tiada ahli keluarga yang membantah tindakannya itu dan dia turut mendakwa bahawa semua ahli keluarga juga bersetuju duit berkeaan berada dalam jagaannya sehingga selesai prosedur pembahagian harta pusaka nanti.

image is not available

Difahamkan lagi, dengan perintah mahkamah, suami pengasas Dnars itu bersama seorang anak arwah, Mohamed Aqbar Hakim Jasman telah dilantik menjadi pentadbir pusaka Allahyarham.

Menurutnya, wang itu selamat berada di dalam simpanannya dan peranannya sebagai pentadbir pusaka arwah seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sejam 2021 telah dijalankannya.

Namun, Ahmad Shah Rizal difahamkan telah memindahkan wang berkenaan ke dalam akaun pentadbir pusaka sebagai menghormati keputusan mahkamah.

Sumber: Sinar Harian

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.