
Baru-baru ini, tular khabar angin yang mendakwa pemain beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meminta gaji sebanyak RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pemain beregu terkenal minta gaji RM2 juta?
Difahamkan dari laporan New Straits Times, ‘sesetengah pemain’ dikenali ramai dilaporkan membuat permintaan gaji sebanyak RM2 juta kepada BAM tetapi nama pemain tidak dinyatakan.

Antara nama pemain beregu terkenal iaitu Aaron-Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (campuran) menjadi sasaran ramai.
Aaron nafi sekeras-kerasnya
Tampil bersuara mengenai hal itu, Aaron menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, selain menonjolkan komitmen mereka untuk kekal bersama kontijen kebangsaan melalui Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Sudah tentu ia bukan kami – kami telah pun menandatangani perjanjian kami. Saya tidak tahu siapa (mungkin telah membuat tuntutan sedemikian).
Biarpun khabar angin itu tular, ia sama sekali tidak menjejaskan tumpuan Aaron dah Wooi Yik untuk perbaiki permainan mereka selepas Olimpik tahun ini.
"Wartawan Of The Year!" - Pencetus Semangat Buat Pemain Badminton Malaysia, Sikap Bangmed Raih Pujian
The post “Kami Telah Pun Menandatangani..” – Aaron Chia & Soh Wooi Yik Didakwa ‘Demand’ Gaji RM2 Juta? Ini Jawab Tuan Badan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

