“Kami Tengah Tolak Motor, Dia Bagi RM200..” – Disifatkan ‘Insan Pemurah’, Ramai Dedah Datuk Red Rajin Bersedekah

2 Apr 2024 • 9:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red menjadi bualan ramai sejak beberapa hari yang lalu susulan berita kedua-dua isterinya memfailkan penceraian dan kini hadapi masalah kewangan.

Datuk Red rajin bersedekah

Melalui pendedahan beberapa netizen di TikTok, Datuk Red mempunyai sifat suka menghulurkan bantuan dan memberi sumbangan.

Bahkan, ramai juga berkata peluang pekerjaan yang diberikan kepada Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan ketika ini adalah berkat sering membuat kebaikan sebelum ini.

Dia pernah tolong saya juga, RM200 dia bagi dekat tangan anak saya. Masa itu kami tengah tolak motor, minyak habis dalam perjalanan dari hospital.

Insan yang pemurah

Dalam pada masa yang sama, netizen juga menyifatkan Datuk Red seorang insan yang pemurah, malah mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

image is not available

Sebelum ini, Datuk Red letak tepi rasa malu dengan mendedahkan dirinya terdesak mahu mempunyai sebarang pekerjaan akibat sudah diisytiharkan muflis serta sedang menanggung banyak hutang.

image is not available 20 hours ago

"Ya! Saya Mengaku Saya 'Scammer' Tapi.." - Datuk Red