“Kami terbeban dengan longgokan stok” – Bekas ‘Partner’ Mak Cik Kemboja ‘Spill Tea’?

Entertainment
22 Nov 2023 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, media sosial heboh dengan cerita Mak Cik Kemboja yang merupakan seorang usahawan pakaian, namanya menjadi bualan ramai apabila videonya yang mengeluarkan kenyataan berbaur kutukan terhadap orang Melayu tular.

Terbaharu, seorang individu menerusi TikTok miliknya menceritakan pengalamannya berkerja dengan usahawan yang juga dikenali sebagai Madame Mariyah itu.

Pengguna TikTok @ladyqueen_kakmas menceritakan Madame Mariyah seakan cakap tak serupa bikin, apabila dia menjanjikan untuk membantu seramai 6 orang Madame Mariah Partners (MMP) dari negeri berlainan untuk memulakan perniagaan pakaian.

Namun, selepas diberikan stok yang banyak, Madame Mariyah hanya membantu mereka tidak sampai sebulan lalu dia hanya lepas tangan.

“Isunya di sini bukan saya nak bincangkan tentang apa yang berlaku antara saya dengan Madam Mariyah atau isu kami sebagi MMP.

Apa yang saya nak ceritakan ialah, kami berbincang mengenai partnership ini pada bulan 9 dan ia berlangsung pada bulan 10 manakala ianya gagal pada bulan 1 November 2023.

Di mana kami dibiarkan sahaja selepas mendapat lambakan stok,” katanya.

Mengikut persetujuan, Madame Mariyah sepatutnya membantu mereka untuk menjual produk tersebut namun apa yang berlaku ialah perkara yang sebaliknya.

Selain itu, individu berkenaan turut berasa hampa kerana ada beberapa orang netizen yang bertindak ingin memboikot jenama Mak Cik Kemboja itu tanpa mengetahui ada beberapa peniaga yang terkesan dengan perkara itu.

Dia juga berharap agar para pembeli menyokongnya yang kini sedang terdesak dan terbelenggu dalam permasalahan tersebut.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.