
Kota Kinabalu: Lebih ramai pemimpin muda dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tampil mempertahankan rakan seperjuangan mereka yang ditegur kerana bersuara terhadap pemimpin senior yang tindakannya mereka percayai boleh menggugat perpaduan gabungan itu.
Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Sook, Abi Wednes Gagamboi, berkata jika perpaduan adalah matlamatnya, maka individu yang mengancam kesatuan dalam GRS perlu ditegur — bukan pemimpin muda yang bersuara demi mempertahankannya.
Oleh itu, beliau berkata, ia sesuatu yang ironik apabila Presiden Star, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee menyeru untuk perpaduan dalam GRS, tetapi tidak menegur sekutu lama mereka, Presiden Usno, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurut Abi, Pandikar sendiri yang mula menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap GRS secara terbuka, termasuk dalam satu majlis Hari Raya, apabila mendakwa parti beliau diabaikan hanya kerana tidak mempunyai kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.
“GRS bukan ditubuhkan untuk memelihara warisan politik lama atau legasi peribadi. Ia dibina dengan matlamat jelas — untuk membentuk masa depan Sabah melalui kepimpinan tempatan dan dasar yang relevan dengan keperluan hari ini.”
Katanya, sebagai sebahagian daripada generasi baharu dalam GRS, pemimpin akar umbi tidak akan menjadi pemerhati pasif.
“Kami akan tetap teguh menentang sebarang usaha untuk memecahbelahkan GRS, terutama jika ia datang dari dalam gabungan sendiri.”
Sebelum ini, Jeffrey dan Yong mengkritik Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bingkor, Rafie Robert, dan Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kiulu,
Datuk George Teo, yang menyarankan agar Usno keluar dari GRS jika ia merasakan gabungan itu tidak dapat memenuhi permintaannya untuk kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang. Mereka berkata gabungan itu wujud bukan untuk melayan kepentingan peribadi tetapi rakyat.
Abi kesal pemimpin seperti Jeffrey dan Yong memandang rendah suara pemimpin muda kerana bersuara mengenai tingkah laku tidak munasabah pemimpin senior tertentu.
“Apabila sesuai dengan keperluan mereka, kami dipanggil pemimpin masa depan. Tapi apabila kami bersuara, kami pula dikritik.
“Zaman sudah berubah, begitu juga landskap politik. Mereka yang terus hidup dalam bayangan masa silam akan menyesal nanti.”
Dalam temu bual bersama The Vibes baru-baru ini, Pandikar sekali lagi mengkritik GRS secara terbuka dan menyatakan bahawa Usno mungkin akan bertanding secara solo dalam PRN akan datang — walaupun pada pilihan raya lalu beliau sendiri tewas kepada calon muda yang diperkecilkan sebelum ini.
“Lebih membimbangkan apabila kenyataan ini datang daripada seseorang yang masih memegang jawatan dalam pentadbiran negeri — bukan daripada pemimpin akar umbi yang bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat terhadap GRS,” kata Abi.
Tambahnya, Pandikar juga mendakwa dalam temu bual tersebut bahawa beliau tidak mahukan kerusi, sebaliknya bertanding demi masa depan Sabah.
“Jangan cuba kelirukan rakyat. Pilihan raya adalah tentang kerusi. Rakyat Sabah bukannya baru lahir semalam.”
Pandikar dalam temu bual tersebut juga mengimbau waktunya bersama pemimpin kebangsaan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad (Umno), Tun Samy Vellu (MIC), Tun Ling Liong Sik (MCA), Tun Lim Keng Yaik (Gerakan), Tan Sri Leo Moggie (PBDS) dan Tun Abdul Taib Mahmud (PBB).
“Walaupun kami hormati pengalaman beliau, senarai tokoh itu menggambarkan era yang beliau wakili. Kecuali seorang dua, kebanyakannya sudah meninggal dunia.
“Parti yang bertahan adalah parti yang menyokong kepimpinan muda dan perubahan generasi. Mereka yang enggan akan hilang relevannya. Pandikar ialah seorang ahli politik yang masih berpegang pada masa lalu.”
Abi berkata pemimpin muda GRS tidak buta terhadap apa yang sedang berlaku.
“Kami tahu siapa yang sedang merancang rundingan belakang tabir dan penjajaran semula politik.
“Jika ada niat untuk lompat parti atau keluar gabungan, lebih baik bersikap jujur. GRS adalah milik semua. Sebagai pemimpin akar umbi, kami menyokong teguh pengerusi gabungan, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” kata Abi.
“Kami tidak akan benarkan GRS digugat dari dalam — dan kami tidak akan berdiam diri apabila keutuhannya terancam.”
