Kami Tidak Pernah Berhenti Usaha, Zulin Aziz Muat Naik Status Isu Anak Saat 'Honeymoon’ Di Korea Selatan 

23 Dec 2022 • 2:04 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zulin Aziz - Gambar Instagram @zulinaziz

Bila tak kahwin-kahwin pada usia yang dah mencecah 30-an, orang selalu akan tanya, bila nak kahwin? Bila dah kahwin pula, ramai yang sibuk tanya, bila nak dapat anak. 

Itulah soalan yang sering membelenggu artis serba-boleh, Zulin Aziz sejak mendirikan rumah tangga dengan Farhan Norzaini, 35, yang juga merupakan rakan kongsi perniagaannya pada 20 Februari lalu. 

image is not available
Gambar Instagram @zulinaziz

Zulin yang kini sedang bercuti bersama suaminya Farhan di Korea Selatan telah memuat naik sebuah hantaran yang berbentuk luahan perasaannya menerusi media sosial instagramnya. 

“10 Bulan Usia Perkahwinan kami, asyik diasak dengan soalan, bila nak ada anak . Kami pun macam pasangan yang lain, pastinya ingin zuriat. Kami tidak pernah berhenti berusaha. Mohon doa yang baik-baik buat kami ya,” tulisnya. 

Apapu, Zulin nampaknya cukup ceria dan gembira sepanjang percutian bulalan madu merangkap bisnes dengan suaminya di Korea Selatan. 

Tengoklah gambar-gambar yang dikongsikan Zulin. Berjalan sakan sungguh mereka. Apapun, siapa tahu, percutian bulan madu ini akan memberikan perkhabaran yang gembira untuk mereka menjadi ibu bapa.  – Getaran, 23 Disember 2022 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved