Kampung Budaya Sarawak Bakal Bergema Lagi, RWMF 2025 Dijadualkan Pada 20-22 Jun

1 Jul 2024 • 2:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RWMF catat rekod pengunjung tertinggi tahun ini

Kampung Budaya Sarawak Bakal Bergema Lagi, RWMF 2025 Dijadualkan Pada 20-22 Jun. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan bahawa Festival Muzik Dunia Hutan Hujan (RWMF) akan diadakan pada 20 hingga 22 Jun 2025 di Kampung Budaya Sarawak (SCV) kelak.

“Untuk tahun depan, tandakan dalam kalendar anda – 20, 21 dan 22 Jun. Catat tarikh tersebut. Hadirlah tahun depan,” katanya menerusi laporan.

image is not available
Kampung Budaya Sarawak Bakal Bergema Lagi, RWMF 2025 Dijadualkan Pada 20-22 Jun

Sebelum itu, beliau mengumumkan bahawa RWMF tahun ini telah mencatatkan lebih 26,000 pengunjung setakat ini – jumlah terbesar sejak dianjurkan pada tahun 1998.

Beliau juga mendedahkan bahawa hasil jualan tiket RWMF 2024 telah meningkat sebanyak 47 peratus manakala bilangan pengunjung festival telah meningkat sebanyak 35 peratus.

Abdul Karim percaya bahawa pemenang Anugerah Grammy dan Golden Globe, iaitu Kitaro menjadi ‘tarikan besar’ bagi orang ramai di RWMF 2024.

Sultan Selangor kagum dengan persembahan di RWMF 2024

Apabila ditanya mengenai maklum balas daripada keluarga diraja yang hadir pada RWMF tahun ini, beliau mendedahkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj amat kagum dan terinspirasi dengan persembahan-persembahan tersebut.

“Baginda turut memberikan sedikit maklum balas tentang cara untuk meningkatkan festival ini kerana saya dapat lihat bahawa baginda tahu banyak perkara – baginda pasti telah menghadiri banyak festival muzik, jadi baginda berkongsi sebahagian pengalamannya dan saya akan kongsikannya dengan penganjur nanti.

image is not available
Semasa Sultan Selangor berangkat tiba di Kuching, Jumaat lalu

“Tetapi saya boleh katakan bahawa baginda sangat gembira. Anda sendiri boleh lihat semalam (29 Jun). Walaupun hujan lebat, pada mulanya saya fikir Tuanku tidak akan datang tetapi baginda tetap hadir memakai ponco,” tambahnya.

Bertemakan “Evolusi”, RWMF 2024 menampilkan 22 persembahan dari 14 negara termasuk 72 pemain antarabangsa serta 75 pemain tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan: