
Masuk Percuma ke Kampung Budaya Sarawak Selama 2 Hari – Peluang Terbaik Nikmati Budaya Unik Bumi Kenyalang!
Kampung Budaya Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Hujung Bulan Ini. Peluang keemasan buat pencinta budaya dan warisan. Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village, (SCV) akan dibuka secara percuma selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Mei 2025 sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang telah menyokong mereka selama lebih dua dekad.
Menurut Pengarah Jualan, Pemasaran dan Program SCV, Encik Zaini Zainudin, inisiatif ini merupakan tanda terima kasih kepada para pengunjung sempena ulang tahun ke-27 kampung budaya tersebut.

Lebih manis, SCV baru sahaja memenangi anugerah Most Cultivating Leisure Arts and Event dalam Anugerah Pelancongan Kenyalang tahun lalu – menjadikannya antara lokasi pelancongan budaya paling menarik di rantau ini.
“Kami jangka trafik akan sangat tinggi, jadi kami galakkan tempahan awal bagi elak kesesakan sehingga ke Buntal,” katanya dalam program bual bicara Kupa Kopi yang bersiaran dari Auditorium P. Ramlee, RTM Sarawak.
Festival Menuai & Cerita Rakyat Jadi Tarikan Utama
Tarikan utama sepanjang dua hari kemasukan percuma ini ialah Festival Menuai ke-27, yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti persembahan cerita rakyat, tarian tradisional dan pameran kesenian masyarakat pribumi Sarawak.
Acara ini dijangka menarik kehadiran lebih 16,000 pengunjung dari dalam dan luar negara – menjadikannya antara festival budaya terbesar di Sarawak tahun ini.
Perlu Buat Tempahan Awal – Jangan Datang Walk-In!
Tempahan awal amat digalakkan untuk memastikan pengalaman yang lebih selesa serta bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Maklumat penting
- Lokasi: Kampung Budaya Sarawak, Santubong
- Tarikh: 24 & 25 Mei 2025
- Kemasukan: PERCUMA (dengan tempahan awal)
- Aktiviti: Festival Menuai, persembahan cerita rakyat, tarian & budaya tempatan
- Jangkaan pengunjung: 16,000 orang
Jom Rancang Awal & Rasai Keunikan Budaya Sarawak
Sama ada anda anak jati Sarawak atau pelawat dari Semenanjung, inilah peluang untuk merasai sendiri keindahan warisan etnik yang kaya – semuanya secara percuma! Pastikan anda dan keluarga tidak melepaskan peluang ini.
Baca juga artikel yang berkaitan:


