Kampung Orang Asli Bukit Baja dibangun semula sebagai perkampungan moden

26 May 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kampung Orang Asli Bukit Baja dibangun semula sebagai perkampungan moden

SEPANG, 26 MEI: Perkampungan Orang Asli Bukit Baja di Dengkil yang bakal dibangunkan semula diharap menjadi contoh pembangunan inklusif tanpa meminggirkan komuniti asal.

EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah, berkata Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip pembangunan mesti memberi manfaat kepada semua termasuk masyarakat Orang Asli yang telah lama menetap di kawasan berkenaan.

“Pembangunan tidak boleh meminggirkan mana-mana komuniti. Pembangunan dan pemeliharaan hak komuniti boleh bergerak seiring dengan kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Pengusaha Tanah Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Baja di Galeri PKNS Cyber Valley, hari ini.

Katanya, penempatan semula itu dirancang sebagai perkampungan moden Orang Asli yang lebih tersusun dan selesa untuk didiami.

Menurut beliau, perkampungan itu turut dilengkapi kemudahan seperti dewan, ruang pentadbiran tok batin, kedai dan kawasan aktiviti komuniti termasuk ruang persembahan kebudayaan Orang Asli sebagai usaha menjana ekonomi penduduk.

Katanya, kawasan berkenaan juga berpotensi dibangunkan sebagai lokasi pelancongan komuniti memandangkan kedudukannya berhampiran Cyberjaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved