“Kamu gaji RM 20K sebulan, memang tak ada apa, tapi..” – PM Ingatkan Jangan Pandang Remeh Bantuan RM100

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memandang remeh nilai bantuan tunai tambahan yang berjumlah RM 100 kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau berkata, biarpun jumlah tersebut mungkin dianggap sedikit untuk mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan tinggi, nilai itu sangat bermakna buat rakyat di luar bandar serta golongan yang berpendapatan rendah.

“(Semua kritik) RM100 saja, (tapi) kamu gaji RM40,000, RM20,000 sebulan, (memang) RM100 itu tak ada apa, tapi saya tahu kalau kita pergi ke kampung (ada manfaatnya).”

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan turut memberi penjelasan bahawa bagi sebuah keluarga miskin yang mempunyai dua orang anak dewasa dan pasangan suami isteri, bantuan berkenaan telah mencecah RM 400 dan jika ia ditambah dengan Sumbangan Tunai Rahmah sedia ada, jumlah tersebut boleh meningkat menjadi RM700.

image is not available

Jadi beliau meminta agar tidak meremehkan usaha kerana itu adalah usaha kerajaan untuk tambah peruntukan yang sedia ada daripada RM13 bilion ke RM15 bilion.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.